MBI raih tempat kedua PBT terbaik di Malaysia kategori bandar raya

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya meraih tempat kedua kategori bandar raya dengan jumlah markah 98.25 serta dianugerahkan penarafan 5 Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2022.
Anugerah tersebut disampaikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud sempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2023 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) petang tadi.
Rumaizi berkata kejayaan ini adalah kerjasama berpasukan semua pihak membabitkan Datuk Bandar Ipoh, Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.
“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada MBI lebih cemerlang dan menjadi penanda aras kepada PBT lain di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kategori tersebut dimenangi Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Selangor dan diikuti MBI.
#PerakKini #MBI #PBT #tempatkedua #RBZ
