Polis Perak terima 408 permohonan permit jualan mercun, bunga api

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Polis Perak menerima sebanyak 408 permohonan permit bagi penjualan bunga api dan mercun sempena musim perayaan Aidilfitri sejak awal Ramadan lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata daripada jumlah itu, 174 telah diluluskan, empat (4) ditolak manakala 174 permohonan masih dalam proses penilaian.

Menurutnya, antara faktor permohonan peniaga yang ditolak adalah disebabkan tidak mematuhi peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Ada empat permohonan tidak diluluskan kerana tidak mematuhi peraturan atau SOP yang telah ditetapkan, pemohon ada rekod jenayah lampau dan lokasi yang dicadangkan tidak sesuai untuk jualan bunga api,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program High Profile Policing Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Perak pada Rabu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Yusri berkata terdapat tiga kes rampasan barangan bunga api dan mercun yang dijual tanpa lesen atau permit membabitkan nilai keseluruhan rampasan RM40,500.

“Tiga kes itu adalah di Ipoh, Taiping dan Kampar,” jelasnya.

#PerakKini #PDRM #permit #bungaapi #mercun #Aidilfitri #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *