Lelaki pecah cermin rumah bekas isteri dicekup polis

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam membuat khianat memecahkan cermin sebuah rumah di Taman Pinji Indah, di sini, kelmarin.

Rakaman video berdurasi 25 saat itu tular di media sosial menunjukkan lelaki terbabit yang memakai topi keledar bertindak memecahkan cermin menggunakan sebatang kayu di rumah disyaki bekas isterinya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata polis telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada Selasa lalu dan suspek yang melakukan perbuatan tersebut adalah bekas suami kepada pengadu.

Katanya, susulan itu polis berjaya memberkas suspek berusia 46 tahun yang dipercayai bertanggungjawab atas kes tersebut di Taman Ipoh, semalam.

“Keputusan ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan suspek telah ditahan reman pada 6 April (hari ini) untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat dan Seksyen 427 kanun yang sama iaitu pencerobohan jenayah.

#PerakKini #PDRM #video #tular #pecahcermin #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *