MAIPk sumbang RM10.7 juta bantuan Aidilfitri kepada 35,695 asnaf di Perak

Foto Jabatan Penerangan Negeri Perak

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri menerusi dana zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah lebih RM10.7juta.

Bantuan diserahkan kepada penghulu dari 12 daerah yang mewakili 35,695 penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin seluruh negeri.

Terdahulu, baginda berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri serta majlis perasmian Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati di sini malam tadi.

Penerima bantuan Hari Raya Aidilfitri dipilih daripada senarai asnaf fakir miskin yang telah dipilih dan dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Diri Jumaat Kampung Orang Asli di seluruh negeri Perak. Selain itu, semua asnaf penerima bantuan kewangan bulanan, sewa rumah dan hemodialisis oleh MAIPk juga turut menerima bantuan hari raya ini.

#PerakKini #MAIPk #bantuan #Aidilfitri #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *