QIU raikan 80 anak yatim, asnaf pada majlis Iftar Ramadan

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Seramai 80 penghuni Yayasan Amanah An-Nur Maisara Chemor berusia tiga hingga 19 tahun diraikan pada Majlis Iftar Ramadan bersama Universiti Antarabangsa Quest (QIU) di AEON Mall Klebang baru-baru ini.
Naib Canselor QIU, Professor Zita Mohd Fahmi berkata, program itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai tanda keprihatinan universiti berkenaan untuk membantu golongan memerlukan khususnya golongan anak yatim dan asnaf.
Naib Canselor QIU, Professor Zita Mohd
Menurutnya, pihak universiti menyumbangkan duit raya, ‘goodies bag’ serta menaja beberapa jenis peralatan sukan untuk penghuni yayasan berkenaan.
Katanya, anak-anak yatim dan asnaf ini tidak perlu ketinggalan dalam meraikan keistimewaan Ramadan mahupun kegembiraan Aildilfitri seperti orang lain.
Penghuni Yayasan Amanah An-Nur Maisara Chemor diraikan pada Iftar Ramadan oleh QIU baru-baru ini.
“Program ini secara tidak langsung dapat melahirkan rasa tanggungjawab dalam kalangan kakitangan dan pelajar universiti terlibat berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim, asnafserta kakitangan yayasan berkenaan.
“Justeru, program CSR seperti ini akan diadakan dari semasa ke semasa supaya dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan,”katanya.
#PerakKini #QIU #yayasanamanahannurmaisara #universiti #iftar #RBZ


