Pokok tumbang, rumah rosak sekitar Ipoh akibat hujan lebat, ribut

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Hujan lebat dan angin kuat lewat petang tadi menyebabkan beberapa rumah rosak dan pokok tumbang di beberapa jalan sekitar bandar raya ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinta dalam satu kenyataan memaklumkan lima buah rumah yang terjejas terletak di Manjoi manakala kejadian pokok tumbang berlaku di Lebuh raya Ipoh-Lumut, Silibin dan Menglembu.

Menurutnya, terdapat kejadian pokok tumbang sehingga menyebabkan kerosakan kereta di Taman Silibin, di sini.

“Kami dimaklumkan berhubung kejadian hujan lebat dan angin kencang itu menerusi Pegawai Operasi kira-kira jam 7 petang.

“Sejurus kejadian itu seramai empat anggota dengan satu kenderaan pacuan empat roda bergegas ke lokasi kejadian,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap itu memaklumkan sebahagian penduduk yang terjejas masih tinggal di rumah masing-masing dan ada juga antara mereka berpindah sementara ke rumah saudara mara.

#PerakKini #APMKinta #ribut #anginkencang #hujanlebat #RBZ

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *