SPRM sita dua akaun BERSATU selepas dibekukan

Oleh Rosdalilah Zahari
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tindakan sitaan terhadap dua akaun bank Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) setelah mengemukakan perintah mengikut Seksyen 40 Akta Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 kepada pihak bank.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan terdahulu, akaun-akaun dibekukan pada 12 dan 13 Januari tahun ini mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.
“Susulan itu, SPRM telah melaksanakan sitaan tersebut pada 11 April lalu berhubung siasatan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan AMLATFPUAA 2001,” jelas kenyataan yang dikeluarkan malam ini.
#PerakKini #SPRM #BERSATU #rasuah #akaun #beku #RBZ
