Warga asing cabul wanita di pasar malam Taman Perpaduan dicekup

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di tapak pasar malam Taman Perpaduan, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun berhubung kejadian itu pada hari yang sama.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul kehormatan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul kehormatan.
“Pihak polis berjaya memperolehi perintah tahan reman terhadap suspek seorang lelaki warganegara asing berumur 20 tahun selama tiga hari dari 21 hingga 23 Jun untuk siasatan lanjut.
“Kes ini berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya suspek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, pihak polis akan melengkapkan siasatan kes dan kertas siasatan tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.
“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video tersebut sehingga menjejaskan siasatan pihak polis mahupun mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 14 saat memaparkan satu kes tangkapan suspek cabul kehormatan di tapak pasar malam Taman Perpaduan, di sini.
#PerakKini #PDRM #wargaaaing #cabul #RBZ
