Kanak-kanak setahun 10 bulan positif dadah, ibu dicekup polis

Oleh Rosdalilah Zahari

TAIPING – Seorang wanita ditahan selepas anak perempuannya yang baru berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menahan wanita berusia 22 tahun itu selepas menerima laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping semalam.

Menurutnya, ujian saringan awal yang dibuat ke atas wanita tersebut yang juga ibu mangsa mendapati positif dadah jenis methamphetamine,

“Mangsa dihantar ke rumah neneknya oleh ibunya yang mahu membeli barang keperluan di kedai runcit berhampiran.

“Bagaimanapun, ketika mangsa mahu tidur, tiba-tiba mangsa menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak terkawal.

“Ibu mangsa kemudiannya membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, susulan insiden tersebut polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

#PerakKini #PDRM #kanakkanak #positif #dadah #RBZ

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *