Murid tahun 3 cedera ditimpa tangki pam tandas
Keadaan tangki pam tandas yang pecah dalam insiden itu. Foto Ihsan Pembaca
Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Seorang murid tahun tiga cedera selepas ditimpa tangki pam tandas diperbuat daripada seramik tercabut dalam insiden yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan pada Selasa lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata insiden itu berlaku ketika murid perempuan terbabit menggunakan tandas.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan murid terbabit yang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak mengalami sebarang kecederaan serius.