Salahuddin jalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah akibat pendarahan otak
Oleh Rosdalilah Zahari
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar beliau, Syakirin Husnal dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Menurutnya, KPDN akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Pagi semalam, Salahuddin menyempurnakan perasmian Persatuan Pengampit Minyak Masak Melayu Zon Utara di Kampung Alor Senjaya di Alor Setar diikuti Majlis Pelancaran Food Bank dan Menu Rahmah serta Libat Urus di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok pada sebelah petang.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Amanah dijadualkan menghadiri Ceramah Perpaduan Malaysia Madani di tapak pekan sehari Kota Sarang Semut, dekat Alor Setar pada malam semalam, namun tidak dapat berbuat demikian selepas mengalami masalah kesihatan
Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah kira-kira jam 10.15 malam tadi.
#PerakKini #KPDN #AMANAH #SalahuddinAyub #RBZ