Mayat Mohammad Fariz Irfan yang hilang di Pantai Teluk Senangin ditemui

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Mayat kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai beriadah bersama keluarga di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut semalam ditemukan pada pagi Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa, Mohammad Fariz Irfan Abdul Halim ditemui sekumpulan nelayan kira-kira dua batu nautika berhampiran Tanjung Hantu dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 8.20 pagi.

“Pasukan bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) secara ‘surface searching’ di sekitar kawasan pantai tersebut.

“Manakala pasukan penyelamat menggunakan bot untuk pencarian di laut sejauh dua batu nautika,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sepanjang operasi SAR dijalankan, seramai 67 orang terdiri daripada anggota keselamatan membabitkan pasukan bomba dan polis serta anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan penduduk kampung.

Semalam, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira jam 3.19 petang.

Panggilan itu diterima selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis selepas menyedari mangsa hilang pada jam 1 tengah hari.

#PerakKini #lemas #TelukSenangin #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *