Ibu, teman lelaki ditangkap bantu siasatan kematian kanak-kanak 9 tahun dipercayai didera

hdrpl

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang disyaki didera di sebuah rumah di Taiping, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menerima maklumat melalui panggilan kecemasan berkaitan kematian kanak-kanak terbabit pada jam 11 pagi.

Menurutnya, polis dan ambulans dari Hospital Taiping (HT) bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat  dan pegawai perubatan yang menjalani pemeriksaan mengesahkan kematian kanak-kanak tersebut.

“Pihak forensik (D10) Polis Perak menjalankan siasatan di tempat kejadian dan hasil siasatan awal mendapati ada unsur penderaan ke atas mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata mangsa adalah anak kedua daripada lima orang adik beradik dan ibu mangsa berumur 36 tahu tinggal serumah bersama teman lelakinya.

“Ibu mangsa dan suami mempunyai masalah rumahtangga serta dalam proses penceraian.

“Kejadian penderaan dipercayai berlaku sejak Mac lalu,” jelasnya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

#PerakKini #PDRM #dera #maut #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *