Tular kes gangguan seksual di Manjoi, polis cari tukang gunting warganegara India

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Polis sedang giat mengesan seorang tukang gunting rambut warganegara India yang bertindak melarikan diri selepas dipercayai melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita di sebuah kedai gunting di Manjoi, di sini, yang tular di Facebook (FB) sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya terkesan dengan isu tular itu yang dikongsikan pemilik akaun FB bernama ‘Siti Hajar Ghazali’ yang mendapat perhatian masyarakat umum.

Menurutnya, susulan kes tular tersebut pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat seorang wanita berusia 37 tahun mendakwa diganggu secara seksual suspek lelaki disyaki warganegara India terbabit semasa sedang menunggu suspek menggunting rambut anak lelaki wanita itu kira-kira jam 1.25 petang Selasa lalu.

“Justeru, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta tampil membantu siasatan pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan (ASP) Yap Siew Cheng, di talian 012-909 3362.

Difahamkan, sewaktu suspek sedang menggunting rambut anak lelaki mangsa, suspek mengajak mangsa berbual berbual namun tidak diendahkan.

Kemudian, suspek yang didakwa fasih berbahasa Melayu itu mula bercakap seorang diri dan mengeluarkan kata-kata lucah.

#PerakKini #PDRM #tukanggunting #lucah #RBZ

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *