Ipoh Mali Autofest sasar 20,000 pengunjung

Oleh Rosdalilah Zahari

PEMINAT sukan permotoran dari dalam mahupun luar Perak masih berpeluang untuk menyaksikan aksi deruman enjin kereta sempena Ipoh Mali Autofest (IMA) yang akan berakhir esok.

Program ini julung diadakan dan sekurang-kurangnya 20,000 pengunjung disasarkan akan hadir pada program anjuran syarikat permotoran CM Motosports dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersempena Tahun Melawat Perak 2023 itu.

Antara pengisian program yang berlangsung di Stadium Indera Mulia selama dua hari ini adalah

Pameran produk-produk automotif; simulasi perlumbaan oleh pelumba professional, Mika Hakimi serta Pertandingan Gymkhana dan Autocross.

Program ini mendapat sambutan melebihi seratus peserta dari Malaysia dan Singapura adalah satu platform yang baik bagi menemukan mereka yang berminat dalam sukan permotoran serta memberi pendedahan dan pengetahuan kepada orang ramai tentang industri automotif.

Penganjuran program ini secara tidak langsung membantu kerajaan negeri dalam mensasarkan peningkatan pelancong yang turut menekankan dua strategi utama iaitu memperkasakan produk pelancongan dan merakyatkan pelancongan.

Upacara perasmian disempurnakan Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee serta disaksikan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud.

#PerakKini #MBI #IpohMaliMotorcross2023 #Ipoh #Perak #RBZ

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *