HAMPIR 6000 MASYARAKAT IJOK HADIR RUMAH TERBUKA PARLIMEN LARUT

IJOK – Hampir 6000 masyarakat di Parlimen Larut hadir ke rumah terbuka Aidilfitri Dato Seri Hamzah Zainudin sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai pemimpin masyarakat.
Dewan Semai Bakti, Felda Ijok telah dipilih menjadi lokasi rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Larut untuk tahun 2024.
Tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan lagi rumah terbuka yang diadakan.
Berbagai juadah istimewa telah disediakan diantaranya kambing bakar, lemang, ketupat, nasi campur serta pelbagai aneka kuih-muih, masakan bermasak dan minuman disediakan untuk tetamu yang hadir.
Menurut salah seorang tetamu yang hadir Azurin Ahmad 41 tahun berkata “Kemeriahan rumah terbuka di Dewan Semai Bakti amatlah istimewa sekali dan saya cukup seronok ia diadakan disini “, ujar beliau kepada pemberita.








