PAS TAK TERGUGAT, PERTAHAN PN, KUKUHKAN MN

BAGAN SERAI – Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak tergugat dengan tindakan UMNO yang dikatakan mahu menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikanan Nasional (PN) sebaliknya tetap berdiri teguh mengukuhkan lagi Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan PN.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata pihaknya tetap menyokong penuh kerajaan PN dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak mungkin menyatakan sokongan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anuar Ibrahim.
” Berhubung tindakan Umno semalam, itu keputusan mereka, kita tidak masuk campur.
” Jika rakan-rakan parti lain dalam PN nak menyokong Anwar, kita tak boleh buat apa.
” Namun pendirian PAS seperti yang dimaklumkan pucuk pimpinan sebelum ini, seramai 18 ahli parlimen PAS serta tiga Adun di Perak, kekal bersama PN dan konsep kita kukuhkan MN serta pertahankan PN,”katanya katanya dalam sidang medià selepas majlis penyerahan Kit Bumi Hijau kepàda 109 penerima di Gunung Semanggol di sini hari ini.
Menurutnya lagi, tindakan PAS kekal berdiri teguh bersama PN berikutan mahu menjaga perpaduan dan sekiranya keputisan kerajaan untuk bubar parlimen, kita tetap akur.
Dalam perkembangan lain Pusat Khidmat Pas Gunung Semanggol hari ini turut menyerahkan bantuan pelajaran dari Yayasan Perak kepada tiga penerima dan bantuan Tabarruk kepada 11 penerima di pejabatnya.
