PVATM HARAP DIBERI BANTUAN BULANAN

BAGAN SERAI – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) mengharapkan kerajaan dapat menyelaraskan skim pencen serta bantuan bulanan seperti yang diumum Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri dahulu.

Ketua PVATM Cawangan Bagan Serai, Abu Hassan Basri Abdul Hamid, berkata penyelarasan skim pencen dan bantuan bulanan kepada yang tidak berpencen itu penting untuk menjaga kebajikan pejuang negara didalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil berikutan Pendemik Covid-19 dan taraf hidup yang meningkat.

“Sewaktu kerajaan terdahulu dimana Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan, veteran-veteran tentera yang tidak berpencen hanya menikmati bantuan ‘one off’ sebanyak RM 500 sahaja.

” Sewaktu kerajaan Perikatan Nasional mengambil alij kerajaan dan Ismail Sabri ada mengeluarkan kenyataan untuk memberi bantuan bulanan RM 300 kepada yang tidak benpencen namun sehingga kini belum asa sebarang jawapan.

” Justeru menjelang Bajet 2021 nanti, kami amat mengharapkan kerajaan dapat mengkaji dan menyelaraskan skim pencen sedia ada dan dapat memberikan bantuan bulanan pada pahlawan-pahlawan negara yang tidak berpencen,” katanya ditemui media selepas program Perasmian dan Pelancaran Kutipan Tabung Pahlawan PVATM Peringkat Zon Utara di Dewan Sebarau, Bukit Merah Laketown Resort, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kesihatan 1, Noor Azman Ghazali mewakili Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi.

Berhubung program yang pertama kali dianjurkan di Bafan Serai itu, Abu Hassan Basri menegaskan wang kutipan itu alam diserahkan kepada negeri bagi perjalanan persatuan selain membantu bekas-bekas pahlawan negara khususnta di Perak yang bernasib malang.

Dalam pada itu Noor Azman yang juga mewakili Ahli Parlimen Parlimen Bagan Serai itu turut menyampaikan sumbangan kepada kelab berjumlah RM 5,000 manakala RM 1,000 untuk tabumg pahlawan.

Noor Azman turut menegaskan pihaknya sentiasa mengambil berat kebajikan pahlawan-pahlawan ini dan sentiasa membantu mereka yang bernasib malang.

” Pihak parlimen turur menawarkan diri membantu PVATM menggerakkan tabung pahlawan ini ke peringkat sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta bagi membolehkan semua membantu dan menghargai pengorbanan dan jasa mereka sewaktu berkhidmat memerdekakan negara, “katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *