collapse
Home / POLITIK / Ahmad Zahid sampaikan Taklimat Khas Presiden UMNO Sabtu ini

Ahmad Zahid sampaikan Taklimat Khas Presiden UMNO Sabtu ini

24-Aug-2022  Ramli Ahmad Rozali  172 views

Oleh Rosdalilah Zahari

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka menyampaikan Taklimat Khas Presiden pada Sabtu ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di laman media sosial Twitter, pagi tadi.

Mengikut isi kandungan ciapan itu memaklumkan taklimat tersebut akan diadakan di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC).

Ciapan itu turut menyebut taklimat yang akan disampaikan berkisar mengenai isu semasa dan terkini.

Pada masa sama, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan pimpinan dijemput hadir dengan mengenakan pakaian baju merah UMNO.

#PerakKini #UMNO #taklimatkhaspresiden #Malaysia

 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.