collapse
Home / POLITIK / WAWASAN NEGARA: MEMBINA KEKUATAN DENGAN SEMANGAT BARU

WAWASAN NEGARA: MEMBINA KEKUATAN DENGAN SEMANGAT BARU

20-Aug-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  253 views
WAWASAN NEGARA: MEMBINA KEKUATAN DENGAN SEMANGAT BARU

IPOH - Ketua Penyelaras Wawasan Negara Negeri Perak, Dato' Zainol Fadzi Paharuddin menyatakan bahawa pendaftaran ahli adalah baharu sepenuhnya serta mahu setiap ahli faham tujuan menyertai Wawasan Negara dan sanggup berjuang bersama-sama secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

Beliau memberikan kenyataan tersebut ketika ditemui pada peluncuran majlis perasmian Perayaan 7 Bidadari anjuran Persatuan Nam Hoi baru-baru ini.

IMG-20260820-WA0094
Zainol berkata, beliau telah dipanggil oleh Presiden Wawasan Negara, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin untuk membincangkan perlantikan penyelaras di peringkat bahagian dan langkah penting dalam menyusun struktur parti selepas AGM dan pindaan perlembagaan baharu.

"Peranan utama penyelaras adalah mendaftarkan keahlian baharu di kawasan masing-masing dan setelah sasaran dicapai, barulah Jawatankuasa Penaja ditubuhkan.

"Majlis penyampaian watikah rasmi kepada penyelaras di Perak dijangka berlangsung tidak lama lagi serta setiap nama yang dicadangkan telah melalui penilaian teliti, dan saya yakin semua pihak akan menerima keputusan dengan hati terbuka," ujarnya.

 IMG-20260820-WA0095
Beliau turut menambah, fasa ini tertumpu sepenuhnya kepada mencari ahli yang benar-benar komited kerana sebelum ini, semasa Gerakan Reset sasaran awal ialah 100 sehingga ke 200 ahli. 

"Kini, sasaran dinaikkan daripada 100 ahli menjadi 300 ahli, 300 ahli menjadi 600 ahli, dan sebahagian kawasan telah mencecah 800 hingga 1,000 orang ahli walaupun pendaftaran rasmi belum bermula.

"Sokongan diterima bukan sahaja daripada masyarakat Melayu, malah rakan-rakan daripada kaum Cina, India dan Sikh juga bertanya tentang borang keahlian," katanya.

Pendaftaran disediakan secara dalam talian, borang, dan setiap penyelaras akan diberikan kata laluan serta kod QR khusus bagi memudahkan urusan di kawasan masing-masing.

Bermula dengan semangat baharu, ahli yang ikhlas, dan parti yang terbuka untuk semua beserta dengan langkah yang teratur, Parti Wawasan Negara akan menjadi wadah yang kuat dan dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.