collapse
Home / POLITIK / KJ SEDIA BERTANDING PRN NEGERI SEMBILAN

KJ SEDIA BERTANDING PRN NEGERI SEMBILAN

12-Jul-2026  Mynn Hamid  296 views
KJ SEDIA BERTANDING PRN NEGERI SEMBILAN

PASIR SALAK – Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin   Abu Bakar mengesahkan kesediaannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sekiranya diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusan sama ada akan dicalonkan atau tidak terletak sepenuhnya di tangan kepimpinan parti.

IMG-20260712-WA0078
"Itu kena tanya pucuk pimpinan, saya ok," katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak di Dewan Besar Pekan Rabu, Chenderong Bala pada Ahad.

Khairy berkata, fokus utama ketika ini adalah memastikan BN meneruskan momentum kemenangan selepas mencatat keputusan cemerlang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

IMG-20260712-WA0077
Menurutnya, kemenangan besar di Johor bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai jaminan mudah untuk menawan Negeri Sembilan.

Katanya, BN perlu terus bekerja keras, menyusun strategi terbaik, memilih calon yang mempunyai kekuatan di akar umbi serta menawarkan manifesto yang mampu menarik sokongan rakyat.

Mengulas kemungkinan BN bertanding secara solo di Negeri Sembilan, beliau berkata perkara itu masih diteliti oleh pucuk pimpinan parti sebelum penamaan calon.

IMG-20260712-WA0079
"Kejayaan BN di Johor membuktikan gabungan mempunyai kemampuan untuk bertanding secara solo jika itulah keputusan yang dipersetujui," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata sokongan pengundi India terhadap BN menunjukkan peningkatan yang ketara pada PRN Johor.

Pengundi Cina pula katanya, masih majoritinya kekal menyokong DAP walaupun terdapat sedikit kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH).


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.