ANJING GIGIT MANGSA, TUAN MASUK MAHKAMAH

KUALA KANGSAR: Seorang pekerja pelancongan menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas mendengar hukuman bagi kesalahan mendatangkan kecederaan terhadap seorang individu, bulan lalu.
Terrance Freddie Miranda, 42, sebelum itu mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Rohaida Ishak di sini, hari ini.
Mengikut pertuduhan pertama Terrance, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Auzi Mohamed Abdul Rashid, 45, di tepi Jalan Bunga Raya, Taman Bunga Raya di sini kira-kira pukul 5.30 pagi pada 30 Mei lepas.
Bagaimanapun, dia kemudian menukar pengakuan asal selepas dimaklumkan pendakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara mandatori tujuh tahun dan denda.
Bagi pertuduhan kedua, Terrance didakwa dengan cuai tidak mengambil langkah-langkah memadai bagi anjing peliharaannya sehingga mencederakan Auzi pada masa, hari serta lokasi sama dan pendakwaan dibuat Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara enam bulan dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
