BERSATU TANJUNG MALIM SOKONG MUHYIDDIN

Oleh Intan Efazila Md Yusop

TANJUNG MALIM: Teka teki pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Malim terjawab apabila parti itu berikrar memberi sokongan penuh yang  tidak berbelah bahagi kepada Presiden BERSATU merangkap Pemangku Pengerusi BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui kepimpinan parti itu.

Ketuanya, Mohd Amran Ibrahim.berkata keputusan menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin dibuat melalui Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian Tanjung Malim Kali 1 bagi sesi 2019-2020  dengan sebulat suara,malam kemalrin.

Katanya, sokongan yang diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin itu dibuat kerana BERSATU bahagian ini tidak mahu parti terus berpecah akibat pergolakkan kepimpinan tertinggi parti terbabit sebelum ini.

” Ahli parti bahagian ini dan juga rakyat sendiri melihat bagaimana Tan Sri Muhyiddin yang juga sebagai Perdana Menteri mengendalikan krisis penularan wabak COVID-19 di negara kita dengan jayanya sebagai pemimpin negara.

” Beliau bukan sahaja berjaya menguruskan krisis ini bersama orang kanannya, malah juga berjaya menawan hati rakyat yang terjejas akibat wabak ini dengan penyusunan dan pemberian bantuan yang menyeluruh kepada pelbagai golongan dan lapisan rakyat turut dapat menikmatinya,” katanya.

Ketua Bahagian BERSATU Tanjung Malim, Mohd Amran Ibrahim.

Beliau berkata demekian ketika ditemui di Pejabat BERSATU bahagian dekat Slim River.

Mohd Amran berkata agak jangal atau ganjil jika pimpinan BERSATU dan ahli menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sedangkan pemimpin parti lain di bawah Perikatan Nasional (PN) dapat menerima beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

Katanya, sekarang ini bukan masanya untuk pemimpin dan ahli BERSATU berbalah sesama sendiri tetapi inilah masanya untuk mereka bersatu hati serta berpadu tenaga dan bulatkan tekad menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai pemimpin parti yang sah menerajui parti terbabit.

” Ahli parti dan rakyat sedang melihat dan menilai kita, jesteru itu marilah kita bersama-sama mengembelengkan seluruh tenaga dan usaha memastikan parti ini terus mendapat perhatian di hati rakyat.

” Saya juga menyeru ahli parti bahagian ini bersikap terbuka dan lebih matang serta memahami hala tuju pendirian parti  yang menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Katanya, keadaan dan situasi negara semasa menuntut pemimpin dan ahli parti mengutamakan kepentingan negara bukannya kepentingan peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *