collapse
Home / POLITIK / BIAR PARTI TUMPANG SAYA BUKAN SAYA TUMPANG PARTI - SYED ABU HUSSIN

BIAR PARTI TUMPANG SAYA BUKAN SAYA TUMPANG PARTI - SYED ABU HUSSIN

31-May-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  1,632 views
BIAR PARTI TUMPANG SAYA BUKAN SAYA TUMPANG PARTI - SYED ABU HUSSIN

BUKIT GANTANG - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Syed Abu Hussin Hafis Syed Abdul Fasal menyatakan pendirian beliau sekiranya keadaan politik tidak menentu, berkemungkinan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau menegaskan kenyataan itu ketika ditemuramah pada Program Sesi Perjumpaan Khas Bersama Mahasiswa dan Mahasiswi Parlimen Bukit Gantang 2026 pada pagi Sabtu.

IMG-20260531-WA0014
Syed Abu Hussin berkata, pada ketika ini fokus utama adalah menyantuni hubungan bersama rakyat di kawasan Parlimen Bukit Gantang serta memperkukuh sokongan dari akar umbi.

"Pengundi sekarang ini lebih matang untuk menilai seseorang wakil rakyat berdasarkan prestasi serta keyakinan rakyat di kawasan masing-masing.

"Sama ada Bebas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau United Malays National Organisation (UMNO) saya tidak kisah, keutamaan saya hanya pastikan strategi momentum 4-0 serta membina tapak yang kukuh," ujarnya.

IMG-20260531-WA0049
Beliau turut berhasrat untuk meletakkan calon-calon pilihannya sendiri di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Bukit Gantang pada PRU16 yang akan datang.

Tiga Dewan Undangan Negeri dinyatakan melibatkan DUN Changkat Jering, DUN Kuala Sepetang dan DUN Trong yang disifatkan sebagai kawasan strategik dalam menentukan kekuatan politik setempat.

IMG-20260531-WA0047
“Pada kali ini, saya mahu ada pasukan sendiri dan orang saya mesti ada di ketiga-tiga DUN ini untuk menentukan hala tuju peringkat Parlimen Bukit Gantang,” katanya.

IMG-20260531-WA0024
IMG-20260531-WA0026
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.