‘Big majority’ masih sokong saya di Pasir Salak – Tajuddin

hdrpl

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – “Pasir Salak hundred percent (seratus peratus) sokong saya sebagai ahli Parlimen,” kata Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada akan bertanding di Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) memandangkan UMNO telah menggugurkannya daripada jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Jun lalu.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu berkata, ahli di peringkat bahagian dan cawangan memberi sokongan seratus peratus untuk mengekalkan beliau sebagai ahli Parlimen di kawasan berkenaan.

“Saya tak mahu masuk bakul angkat sendiri, masuk lif picit sendiri. You (Awak) boleh nilai dengan fakta di mana kelemahan saya sebagai ahli Parlimen Pasir Salak, sebagai Ketua Bahagian.

“Nama telah diberi, dan saya telah dicalonkan oleh bahagian. Tak cukup bahagian saja, cawangan-cawangan turut menyokong.

“Big majority masih sokong saya di Pasir Salak,” katanya selepas sesi beramah mesra bersama media di Hotel Impiana, di sini pada Jumaat.

Tajuddin memenangi kerusi Parlimen Pasir Salak pada 2008 menewaskan calon PKR, dan terus mempertahankannya pada PRU13 dan PRU14.

#PerakKini #UMNO #PasirSalak #PRU15

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *