“BUANG SAMPAH SESUKA HATI!”

Oeh Intan Efazila Md Yusop

TANJUNG MALIM: Tindakan segelintir penduduk yang dipercayai tinggal di luar kawasan taman perumahan tetapi membuang sampah sesuka hati di Taman Intan Setia ,Jalan Ketoyong menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk taman terbabit, dekat sini.

Walaupun pihak Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) meletakkan tong roro berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Ketoyong, namun mereka memilih membuang sampah di sekitar taman itu.

Penduduk Yee Jee Kwong,64, berkata tindakan segelintir penduduk terbabit menyebabkan kawasan taman perumahan itu terutama di kawasan tepi jalan sering dipenuhi sampah sarap.

Katanya, keadaan ini menyebabkan pihak taman itu membuat laporan kepada Bahagian Kebersihan dan Perkhidmatan Bandar serta Bahagian Penguatkuasaan MDTM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Keadaan tepi jalan Taman Intan Setia sebelum ini sering menjadi sasaran segelintir penduduk dari luar kawasan membuang sampah sesuka hati

 

” Tindakan segelintir penduduk terutama dari luar kawasan membuang sampah di merata tempat di kawasan taman itu bukan sahaja mengotorkan kawasan perumahan tetapi mencenarkan imej taman itu.

” Pihak MDTM telah sediakan tong roro untuk kegunaan penduduk,.jadi buangkanlah sampah itu ke dalam tong terbabit, bukannya buang sampah di kawasan taman perumahan ini,” katanya ketika dihubungi, dekat sini.

Bertindak atas aduan penduduk, pihak MDTM telah membersihkan kawasan terbabit dan memasang pita amaran supaya kejadian yang sama tidak berulang kembali.

Kwong berkata sikap negetif iaitu membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya dibuang haruskan dikikis dalam kalangan penduduk kerana jika dibiarkan ia bakal menjadi tabiat dalam kehidupan.

” Tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan persekitaran perlu dipikul bersama dan jangan sesekali melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja.

” Hormatilah semangat kejiranan yang menjadi budaya rakyat negara ini supaya semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama dapat hidup dengan aman serta damai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *