BUBAR PARLIMEN, BIAR RAKYAT TENTUKAN: HAMIDAH OSMAN

Oleh Norsharuddin Sapian

BATU GAJAH: Kemelut politik tidak menentu melanda negara dilihat sesuatu yang tidak sihat serta perlu ditamatkan segera dengan mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan dan membiarkan rakyat sendiri memilih tampuk kepimpinan negara.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Hamidah Osman berkata, sampai bila negara yang kini sibuk ‘berperang’ dengan penularan wabak Coronavirus (Covid-19) dimomokan politik menjengkelkan.

“Sudah sampai masanya, biarkan sahaja hala tuju negara ini diserahkan kembali kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan.

“Rakyat sudah bosan dengan tindakan segelintir ahli politik yang mementingkan tembolok mereka tanpa menghiraukan nasib rakyat.

“Bubarkan sahaja Parlimen. Kita perlukan sebuah kerajaan yang stabil bukan kerajaan yang hanya mempunyai lebih dua atau tiga daripada majoriti kerusi di Parlimen,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada penduduk di sini.

Menurutnya, kerajaan yang mempunyai kelebihan hanya beberapa majoriti kerusi Parlimen menyebabkan berlaku tawar-menawar berterusan dan kerajaan boleh bertukar bila-bila masa sahaja.

Katanya, keadaan itu menyebabkan politik negara terus tidak stabil sekaligus menakutkan pelabur dan menyebabkan ekonomi negara terus terjejas.

“Sekarang, pimpinan negara tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan Covid-19 angkara politik rakus segelintir mereka yang kini sibuk bercakaran untuk mendapatkan kuasa.

“Kini mereka heboh mengatakan sudah cukup nombor (bilangan Ahli Parlimen) dan calun Perdana Menteri (yang baru) dan sibuk ke sana ke mari berpolitik untuk menukar kerajaan,” katanya yang juga bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menurutnya, jika ada tanggapan mengatakan pembubaran Parlimen sekaligus membawa kepada Pilihan Raya Umum (PRU) tidak sesuai dilakukan ketika negara berdepan dengan Covid-19, beliau berkata Korea Selatan baru sahaja selesai mengadakan PRU mereka tanpa sebarang masalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *