Cadangan pencalonan bandar raya Ipoh sebagai Jaringan Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) – Datuk Bandar

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Cadangan pencalonan bandar raya Ipoh sebagai Jaringan Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) adalah salah satu sasaran dalam Pelan Tindakan Penjenamaan Pelancongan Wilayah Greater Ipoh 2025, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud.

Menurutnya, cadangan itu bertujuan untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar paling berdaya huni serta bandar yang mempunyai kualiti hidup baik dan sesuai untuk didiami tanpa mengira peringkat usia masyarakat di Malaysia.

“Sehingga tahun 2021, sebanyak 247 bandar di dunia telah mendapat status UCCN dan 12 daripadanya (UCCN) mewakili wilayah ASEAN termasuk satu dari Malaysia iaitu bandar raya Kuching.

“Bandar raya Kuching dinobatkan sebagai UCCN melalui tema gastronomi (makanan) pada tahun 2021,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Bulan Mei Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, pada Isnin.

Katanya, cadangan itu juga bertujuan untuk menempatkan kreativiti dan industri budaya sebagai rencana utama pembangunan di peringkat tempatan serta menjalin kerjasama aktif di peringkat antarabangsa melalui perkongsian inisiatif, idea, pengalaman dan amalan terbaik.

“Menerusi program UCCN, bandar yang diiktiraf komited untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam membangunkan model public private partnership serta komuniti awam.

“Antaranya memperkuat penciptaan produk dan ​penyebaran kegiatan budaya, aset dan perkhidmatan; mengukuhkan imej bandar untuk tujuan pelancongan, ​pelaburan dan perniagaan, mengembangkan hubungan kreativiti dan inovasi dan ​memperluas peluang pengamal dan profesional dalam sektor budaya.

“Meningkatkan akses dan penglibatan dalam kehidupan ​budaya, khususnya untuk kelompok dan individu yang ​terpinggir (margenalise) serta mengintegrasikan budaya dan kreativiti sepenuhnya ke ​dalam rancangan pembangunan secara mapan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata bagi memastikan hasrat untuk langkah selanjutnya adalah menyediakan dossier lengkap pencalonan Ipoh sebagai UCCN melalui tema Muzik yang akan bermula pada Mac tahun hadapan.

#PerakKini #Unesco #UCCN #Ipoh #Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *