CSE SUMBANG DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM

CHEMOR – Centre Side Express Sendirian Berhad ( CSE ) merupakan syarikat pengangkutan terkenal didalam industri minyak dan gas telah melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan meraikan anak-anak yatim menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri .

 

Majlis Berbuka Puasa CSE telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Urusan Kumpulan CSE, Dato’ Lal Ravindrarajuloo Naidu bertempat di Dewan Terbuka Yayasan Amanah An-Nur Maisarah (YAANM) Chemor malam tadi.

 

Turut hadir ialah Pengerusi Pemegang Amanah YAANM, Dr Fazillah Nordin dan pegawai CSE serta anak-anak yatim .

 

Lal Naidu berkata, ini adalah kali pertama CSE hadir meraikan anak-anak yatim di YAANM.

 

“Sebenarnya sebelum ini pada setiap bulan, kita ada memberi sumbangan nasi ayam, cuma saya tidak perasan bahawa ini adalah salah satu tempat sumbangan setelah diberitahu.”

 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Fazillah kerana menerima kehadiran CSE untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim .”

 

“Saya telah kehilangan emak hampir 1 bulan jadi saya dapat rasakan perasan anak-anak disini tanpa ibu dan ayah disisi.

 

“Sumbangan yang diberikan tanpa mengira bangsa dan agama kerana kita semua satu Malaysia”, ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Pelbagai juadah istimewa telah disediakan seperti menu kambing golek, kurma kambing, char koew teow serta roti john untuk dinikmati bersama anak-anak yatim disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *