KETUA WHIP MBI SANTUNI KOMUNITI ORANG ASLI

HULU KINTA – Bulan Ramadan bakal melabuhkan tirainya namun semangat berkongsi rezeki tetap diteruskan terutamanya komuniti Orang Asli di dalam kawasan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh.
Program pada pagi ini diserikan dengan kehadiran Ketua WHIP Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Mazlan Abdul Rahman bertempat di Surau Al- Hidayah Kampung Chadak.
Turut hadir ialah Tok Batin Kampung Chadak, Leman Pandak, Imam Surau Al-Hidayah, Yahya Yusoff serta komuniti orang asli Kampung Chadak.
Mazlan berkata, Kampung Chadak serta Kampung Makmur begitu dekat dengan hati beliau dan berbesar hati kerana dapat hadir .
“Pada pagi ini sebanyak 300 pek ayam sejuk beku serta kain pelikat akan diagihkan kepada penduduk Kampung Chadak.”
“Saya berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat menceriakan penduduk disini serta memohon supaya komuniti di sini dapat mengimarahkan lagi surau baru ini yang melibatkan kos sebanyak RM300 ribu dengan pengisian program-program mendekatkan umat Islam ke jalan Allah SWT”, ujar beliau kepada Perak Kini.
Leman Pandak menambah, kehadiran Datuk Mazlan sememangnya telah dinantikan kira-kira 550 penduduk disini yang terdiri daripada suku kaum Temiar.
Beliau berharap dengan kunjungan sebegini dapat mengeratkankan lagi silaturahim diantara masyarakat dan komuniti Kampung Orang Asli.





