FILEM MASUK JAWI MASIH DALAM ‘TOP MELETOP” ASTRO

Oleh USU AZHA HAJI HAMZAH
FILEM bergenre komedi Masuk Jawi kini sudah masuk hari ke 12 di pawagam rumah, Astro First. Ternyata filem ini terus mendapat tempat di hati peminat filem Melayu d Malaysia. Paling menarik, selama seminggu filem ini menduduki tempat teratas carta Top 5 Filem Melayu Terlaris/ Filem Meletop di Astro dan kini masih bertahan di dalam carta Top 5 itu.
Ini menunjukkan peminat filem Melayu meminati cerita yang ringan seperti Masuk Jawi, tambahan pula cerita Masuk Jawi berkisar tentang nostalgia dan kenangan zaman kanak-kanak ketika menghadapi sunat (khitan/masuk jawi).
Filem ini mengisahkan gelagat 3 kanak-kanak yang takut untuk menghadapi upacara bersunat. Pelbagai aksi lucu dapat dilihat dalam filem ini. Walaupun bersifat komedi, namun filem ini tetap memberi pengajaran kepada kanak-kanak yang menonton.
Menurut produser filem ini, Wan Mahadzer Abdullah atau Pak Wan, tujuan penerbitan filem ini ialah untuk mengembalikan perasaan nostalgia kepada penonton yang mana dahulunya bersunat menggunakan kaedah tradisional.

“Kisah yang terjadi di dalam filem ini adalah satu kenangan indah di zaman kanak-kanak dahulu,” ujar Pak Wan
Filem Masuk Jawi terus bertahan di saluran Astro kerana jalan ceritanya mudah untuk difahami. Penonton sekarang meminati filem yang mudah difahami, tak mahu filem yang berat-berat untuk difikir apatah lagi dalam keadaan yang bercelaru dengan bahana Covid-19 ini. Penonton mahu filem yang santai dan bisa membuat tersenyum walaupun sedang bermasalah.
Masuk Jawi dibuat penggambarannya di sekitar negeri Jelapang Padi dan 100% dialog menggunakan loghat utara. Pelakonnya pula adalah terdiri dari mereka yang aktif dalam bidang teater dan beberapa artis ternama juga turut membintangi filem ini, termasuk pelawak Ropie yang memegang watak sebagai tok mudim. Filem ini disutradarakan oleh Che Mie
Bagi yang belum menonton filem ini, bolehlah mula melanggan di Astro First dengan bayaran cuma RM15 untuk tontonan seisi keluarga selama 2 hari.
Perak Kini 2021

