JEPUN JUARA PIALA SULTAN AZLAN SHAH EDISI KE-30
IPOH – Kejayaan skuad hoki Jepun menumpaskan Pakistan telah berjaya menamatkan penantian selama 37 tahun untuk menjulang Piala Sultan Azlan Shah menerusi penentuan penalti 4-1 di Stadium Azlan Shah malam tadi.
Skuad Samurai membuka tirai menerusi Seren Tanaka pada minit ke-12 menerusi gol padang.
Pakistan mempamerkan kebangkitan apabila Ajaz Ahmad meledakkan gol pada minit ke-34 dan susuli Abdul Rahman pada minit ke-37.
Jepun bangkit dari menyamakan kedudukan menerusi Kazumasa Matsumoto pagi pada minit ke-47 dan mengheret sehingga ke penentuan penalti setelah terikat 2-2.
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim perkenan menyampaikan Piala Sultan Azlan Shah kepada pasukan Jepun selaku juara edisi ke-30.
Turut hadir pada aksi final adalah Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Datuk Seri Tan Sri Dr Mohd Zahid Zainuddin, Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Datuk Tayyab Ikram, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal.
Turut disempurnakan adalah anugerah:
1.Penjaring Gol Terbanyak : Muhammad Azrai Aizad (Malaysia) 8 gol
2.Penjaga Gol Terbaik : Takashi Yoshikawa dan Takumi Kitagawa(Jepun)
3.Pemain Terbaik Kejohanan: Sufyan Khan (Pakistan)
4.Pasukan Fair Play: Kanada
5.Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Ashraf Rana (Pakistan) Waheed
Disediakan oleh Azizi Latif