JUALAN DAGING RAHMAH LADANG JAMAL ABDILLAH DILUAR JANGKAAN

Ipoh – Jualan daging lembu Dato Jamal Abdilllah Farm selesai dalam tempoh dua jam dimana seawal jam 8 pagi pengunjung sudah mula beratur bagi mendapatkan daging segar pada harga di bawah pasaran

 

Bagi Dato Jamal, sambutan diluar dugaan ini benar -benar menaikkan semangat beliau untuk menambah lagi jumlah lembu yang akan dijual esok.

“ Insyaallah esok kita akan tambah lagi stok dan akan cuba memberi peluang kepada semua orang untuk mendapatkan daging segar “ ujar beliau.

 

Jualan daging Rahmah yang bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh mendapat sambutan luar biasa kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *