KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) KLEBANG RESTU MENGANJURKAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-67 DAN PELANCARAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA.
7 September, Chemor – Penghulu Mukim Hulu Kinta (Chemor), Ashraf Ali Anuar Deen hadir merasmikan sambutan kemerdekaan ke-67 dan pelancaran sambutan Hari Malaysia 2024 bertempat di Dewan Komuniti Klebang Restu dengan kehadiran 500 orang pada hari ini.
Turut mengiringi beliau adalah Timbalan Pengerusi mewakili Pengerusi KRT Zon B, Azizan Kasa, Pengerusi Masjid Jamek Klebang Restu, Haji Khir Napiah, wakil Pembangunan Negeri Perak (Unit Penyelaras Pelaksana), Tabika KEMAS, Tadika PASTI AI-AISAR dan pelajar Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK).
Timbalan Pengerusi KRT Zon B, Azizan Kasa berkata, ” Kawasan Rukun Tetangga Zon A, Zon B Klebang Restu dan Klebang Damai bergabung tenaga pada hari ini bagi menjayakan program yang telah dirancang. Matlamat program ini adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan dikalangan pelajar pra-sekolah serta ibubapa dikawasan Klebang”.
“Saya berharap program sebegini dapat diadakan setiap tahun dengan penglibatan 4 Zon KRT serta Masjid Jamek agar dapat mengeratkan lagi komuniti pelbagai kaum dalam menyambut bulan kemerdekaan”, ujar beliau kepada pemberita.
Majlis turut diserikan lagi dengan acara perbarisan perarakan, pemeriksaan kesihatan, persembahan silat, pertandingan mewarna serta pakaian beragam oleh pelajar tabika.
Kemuncak acara iaitu anugerah khas yang diberikan kepada Azhari Mat Tajuddin yang dinobatkan sebagai Tokoh Kemerdekaan Zon B Klebang Restu bagi tahun 2024.
Disediakan oleh Azizi Latif