KAYUHAN HARI MALAYSIA 2024 DISAMBUT MERIAH
29 September, TELUK INTAN – Pelancaran acara ‘Kayuhan Hari Malaysia 2024′ telah berlangsung meriah dengan penyertaan pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama pada hari ini.
Majlis perasmian pelepasan peserta berbasikal telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin bertempat diperkarangan Pusat Khidmat ADUN Sungai Manik, Langkap.
Kehadiran beliau turut diiringi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Inspektor Hasryman Osman, Timbalan Ketua Balai Langkap, Sarjan Asri Hamdan, Pengerusi Kelab Basikal Teluk Anson, Mohammad Sharul Nizam serta kehadiran 70 peserta berbasikal.
Menurut Zainol Fadzi Paharudin ,”Tujuan program berbasikal pada hari ini bertujuan memupuk budaya hidup sihat didalam masyarakat.
” Terdapat peserta yang hadir luar dari kawasan Sungai Manik seperti Kuala Kangsar, Bidor, Tapah, Rawang, Selangor turut serta berkayuh pada hari ini “.
Ujar beliau lagi, ” Berbasikal beramai-ramai adalah kegemaran saya dan jarak kayuhan hari ini adalah sepanjang 21 kilometer.
“Mengekalkan kecergasan adalah penting untuk menjadi pemimpin dengan ‘tag line’ iaitu” Fit to lead”, ujar beliau kepada pemberita.
Majlis penutup turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian cabutan bertuah serta pelbagai hadiah yang telah disediakan kepada peserta yang menamatkan kayuhan.
Disediakan oleh Azizi Latif.