KG MENORA TERPILIH MENJADI KAMPUNG ANGKAT MADANI JAKIM.
KUALA KANGSAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membantu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk tempatan dengan membawa masuk program-program yang boleh menjana pendapatan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, melalui Program Kampung Angkat Madani, JAKIM akan juga akan berusaha menarik minat anak muda untuk terus kekal berada di kampung dengan menjana pendapatan lumayan.
Menurut Dr. Sirajuddin, “pastinya di setiap kampung ada ramai orang yang kurang pendapatan ini menyebabkan salah satu perkara generasi muda keluar mencari rezeki di luar, kita akan bawa satu program ekonomi ke kampung ini insya-Allah untuk menarik balik remaja yang keluar golongan belia muda untuk balik ke kampung dan bersama dengan generasi yang ada untuk kita. Bersama dan menjadi sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan insya-Allah benda ni akan dapat membantu masyarakat di kampung ni insya-Allah.
Tambah Dr. Sirajuddin, bagi menyahut dan merealisasikan aspirasi Kampung Angkat Madani, JAKIM telah memilih Kampung Menora di Kuala Kangsar.
Katanya, antara objektif pemilihan Kampung Menora sebagai Kampung Angkat Madani adalah untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar.
Jelas beliau, melalui program angkat itu juga kemudahan asas air, elektrik, jalan, lampu jalan serta capaian internet di Kampung Menora akan dilengkapi memenuhi liputan kemudahan 50 peratus ke atas.
Katanya, usaha itu dibuat untuk memberi faedah kampung tersebut yang terletak lebih 15 kilometer pendalaman dari pusat bandar Kuala Kangsar.
Datuk Sirajuddin berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan Menora, Kuala Kangsar hari ini.