KUSAIKK ANJUR PERTANDINGAN BUBUR ASYURA INSPIRASI 2025

CHEMOR – Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Kuala Kangsar (KUSAIKK) buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Bubur Asyura Inspirasi Sahabat AIM Kuala Kangsar 2025.

 

Pertandingan ini bertujuan menyemarakkan semangat gotong-royong serta memperkukuhkan ukhwah dikalangan Sahabat AIM serta memelihara warisan tradisi masakan bubur Asyura.

 

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Wilayah AIM Negeri Perak, Shafizan Hamdan bertempat di Dewan Terbuka Masjid As-Syakirin, Kampung Ulu Kuang.

 

Turut mengiringi adalah Pengerusi KUSAIKK, Dr Noor Azwa Mohamed Ozir, Pengurus Cawangan AIM Kuala Kangsar, Wan Siti Zaleha Wan Ibrahim serta barisan juri-juri jemputan.

 

Dr Noor Azwa berkata, bubur asyura sudah menjadi satu kelaziman dimasak pada bulan Muharam berkonsepkan secara bergotong-royong.

 

“Ini adalah aktiviti pertama yang dianjurkan secara besar-besaran melibatkan 8 blok penyertaan iaitu Sayong, Padang Rengas, Manong, Chenderoh, Enggor, Lasah, Sungai Siput dan juga Lubok Merbau.

 

“Saya juga amat terharu apabila Pengurus Wilayah AIM Perak sudi hadir memeriahkan lagi pertandingan serta memberikan sokongan penuh untuk penganjuran pada kali ini “, ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Johan pertandingan telah dinobatkan kepada Blok Sayong yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500 beserta sijil penyertaan.

 

Naib johan telah dimenangi oleh Blok Sungai Siput yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 400 beserta sijil penyertaan.

 

Manakala tempat ke-3 jatuh kepada Blok Enggor yang membawa wang tunai berjumlah RM300 beserta sijil penyertaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *