MAJLIS PERPISAHAN ‘JASA MU DIKENANG’ ANJURAN KRT DESA LANG

IPOH – Kawasan Rukun Tetangga Desa Lang ( KRTDL ) telah menganjurkan majlis perpisahan untuk menghargai peranan ahli jawatankuasa yang sentiasa memberikan komitmen serta memantapkan agenda perpaduan dan pembangunan komuniti.

 

Majlis tersebut lebih bermakna dengan kehadiran Pegawai Perpaduan Daerah Kinta, Muhamed Zaizulman Zainal Abidin bertempat di Tingkat Bawah , Kuarters KTMB Desa Lang Indah pada petang semalam.

 

Turut mengiringi Pengerusi KRTDL, Azman Arshad serta ahli jawatankuasa dan penduduk setempat.

 

Azman Arshad berkata, majlis perpisahan ini diadakan bagi menghargai jasa dan bakti yang telah diberikan terhadap setiap program yang dijalankan disini.

 

” Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Ashraf Ali Anvar Deen yang juga Penghulu Mukim Hulu Kinta ( Chemor ) merangkap ahli jawatankuasa KRTDL yang akan berpindah ke Kuala Kangsar pada minggu ini.

 

” Jasa beliau kepada KRT terlalu banyak malah beliau turut disenangi para penduduk disini ,” ujar beliau.

 

Menurut Zaizulman pula berkata, ” Saya mengenali beliau sudah lama dan memang karakter beliau sentiasa menyantuni komuniti diperingkat akar umbi.

 

” Saya mewakili bagi pihak pejabat perpaduan sesungguhnya amat menghargai setiap aktiviti – aktiviti menjurus kepada memantapkan agenda perpaduan,” ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan, cabutan bertuah dan juga persembahan khas daripada kumpulan Z Buskers Ipoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *