collapse
Home / MASYARAKAT / LIONS CLUB of PERAK SILVER STATE SALUR SUMBANGAN BERNILAI HAMPIR RM55 RIBU

LIONS CLUB of PERAK SILVER STATE SALUR SUMBANGAN BERNILAI HAMPIR RM55 RIBU

11-Oct-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  11 views
LIONS CLUB of PERAK SILVER STATE SALUR SUMBANGAN BERNILAI HAMPIR RM55 RIBU

IPOH — Majlis Perasmian Penyerahan Tugas dan Ulang Tahun Piagam Lions Club Perak Silver State (LCPSS) hari ini menyaksikan penyerahan tiga sumbangan besar, iaitu sebanyak 13 unit katil perubatan, 200 kilogram baja organik dan 44 unit jaket keselamatan bakal memberi manfaat kepada golongan memerlukan serta memperkukuh persiapan menghadapi musim banjir di Perak.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Presiden LCPSS, Wong Kean Rong bertempat di Hotel Excelsior pada malam Sabtu.

IMG-20261011-WA0013
Turut mengiringi Orang Besar Jajahan Manjung, Toh Seri Bijaya Lt. Kol. Dato' Shaharudin Nazari, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, Kol. (PA) Rohaizat Hadli, Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Ipoh, Tan Kean Hin, Penasihat Jawatankuasa Penganjur LCPSS, Prof. Dr. Richard Ng serta para tetamu jemputan.

Dr. Richard berkata, sumbangan katil perubatan secara tidak lansung dapat mengurangkan pembaziran malah dapat membantu warga yang memerlukan.

 IMG-20261011-WA0017
"Sebanyak 13 unit katil perubatan bernilai hampir RM40,000 telah disumbangkan oleh Hospital Pantai Ipoh menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan ini merupakan sumbangan kali kedua daripada pihak hospital bagi memastikan peralatan yang masih selamat dapat digunakan dan tidak terbuang.

"Katil-katil ini telah diagihkan kepada beberapa organisasi terpilih dan katil ini dipinjamkan secara percuma kepada warga emas dan golongan B40 yang memerlukan dan akan dipulangkan semula apabila tidak lagi digunakan supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh orang lain," ujarnya.

 IMG-20261011-WA0016
 

Wakil Hospital Pantai Ipoh, Tan Kean berkata,"Kami tidak hanya bercakap tentang rawatan, tetapi juga  melibatkan komuniti dan turut berterima kasih kepada Lions Club atas peluang ini. 

"Kami telah melaksanakan lebih daripada 30 program CSR di sekitar Ipoh dan akan terus berbuat demikian untuk masyarakat sekeliling," katanya.

Sementara itu, sebanyak 44 unit jaket keselamatan telah diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak bagi persiapan menghadapi monsun timur laut yang dijangka melanda antara November hingga Mac depan dan sumbangan ini merupakan hasil sumbangan daripada 32 buah kelab Lions serta penderma individu.

Jaket-jaket ini akan diedarkan ke kesemua 12 daerah di Perak, dengan purata tiga hingga empat unit bagi setiap daerah untuk kegunaan pasukan penyelamat tempatan.

Rohaizat mewakili APM Negeri Perak turut berkata, "Sumbangan ini sangat bermakna apabila ianya melengkapkan keselamatan anggota kita yang berkhidmat di barisan hadapan ketika banjir dan ucapan terima kasih kepada Lions Club kerana sentiasa menjadi rakan setia APM dalam menghadapi bencana,"ujarnya.

Selain jaket keselamatan, pihak Lions Club juga komited meneruskan sumbangan makanan dan keperluan asas kepada anggota bertugas serta mangsa banjir di pusat pemindahan seperti yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu.

Dengan cogankata 'Di mana ada keperluan, di situ ada ahli Lions', jelas bukan sekadar memberi sumbangan, tetapi turut membina jaringan sokongan yang kekal bersama agensi kerajaan dan juga pihak swasta.

IMG-20261011-WA0020
IMG-20261011-WA0018
IMG-20261011-WA0019
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.