collapse
Home / MASYARAKAT / PERTANDINGAN MEMANCING WAWASAN NEGARA BAHAGIAN TAMBUN MENCATAT REKOD SEBERAT 13.75 KILOGRAM

PERTANDINGAN MEMANCING WAWASAN NEGARA BAHAGIAN TAMBUN MENCATAT REKOD SEBERAT 13.75 KILOGRAM

04-Oct-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  3 views
PERTANDINGAN MEMANCING WAWASAN NEGARA BAHAGIAN TAMBUN MENCATAT REKOD SEBERAT 13.75 KILOGRAM

 

CHEMOR – Kehadiran peminat sukan memancing telah menghangatkan lagi kemeriahan apabila hadir menyahut cabaran pertandingan memancing anjuran Wawasan Negara Bahagian Tambun yang diadakan pada hari ini untuk dinobatkan sebagai juara ikan patin.

 IMG-20261004-WA0004
 

Pertandingan ini menggunakan sistem timbang dan lepas semula, di mana setiap ikan yang ditangkap akan ditimbang bagi menentukan bakal pemenang dan kemudiannya akan dilepaskan kembali ke dalam kolam. 

Penutup program serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Penaja Parti Wawasan Negara Bahagian Tambun, Faridzhul Anuar Baharuddin serta diiringi Ketua Penaja Cawangan Chemor, Suhaizam Ali bertempat di Kolam Wak Nan pada petang Sabtu.

IMG-20261004-WA0007
 

Suhaizam berkata, pertandingan ini adalah edisi kali pertama yang telah dicetuskan oleh Ketua Penaja Parti Wawasan Negara Bahagian Tambun, Tuan Muhammad Fadhli Ismail sebagai satu aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk kampung.

"Walaupun beliau tidak dapat hadir atas kekangan masa, namun pertandingan ini tetap diteruskan dengan suasa ceria dan harmoni.

IMG-20261004-WA0006

"Hanya spesies ikan patin merupakan kategori yang dipertandingkan sepanjang acara ini berlansung secara kaedah tangkap, timbang dan lepas,"ujarnya.

Beliau turut menambah, keputusan juara pertandingan memancing hari ini dengan rekod dicatat seberat 13.75 kilogram bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.

IMG-20261004-WA0009

"Naib johan pula akan menerima RM300 dengan berat ikan seberat 13.55 kilogram manakala tempat ke-3 membawa pulang wang tunai berjumlah RM100 dengan berat ikan seberat 13.05 kilogram.

"Untuk rekod yang telah disahkan oleh juri pada akhir penamat pertandingan memancing seekor ikan patin terberat kali ini adalah 13.75 kilogram.

 IMG-20261004-WA0008

" Pertandingan memancing ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada warga tempatan dan secara tidak lansung ianya mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk, malah menggalakkan amalan pemuliharaan sumber ikan melalui kaedah tangkap dan lepas," katanya.

Semua pemenang pertandingan menerima hadiah wang tunai serta sijil penghargaan dalam majlis ringkas selepas tamat sesi pertandingan.


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.