MAJLIS MAKAN MALAM PKMM PERAK KALI KE-48

IPOH – Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak ( PKMMP ) telah menganjurkan majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Perak untuk kali ke-48 yang akan diadakan pada 12 Jun 2025.

 

Majlis makan malam tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PKMM Perak, Datuk Wira Jamaludin Abdul Rahim merangkap Setiausaha Agung PKMM bertempat di Hotel Casuarina @ Meru pada malam Rabu.

 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Presiden PKMM merangkap Yang Dipertua PKMM Negeri Kelantan, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz serta dif-dif jemputan.

 

Datuk Jamaludin berkata,Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib para kontraktor Melayu / Bumiputera secara kolektif di Malaysia secara lansung Persatuan menjadi orang tengah bagi menyuarakan permasalahan kontraktor kepada kerajaan.

 

“Untuk makluman Kontraktor Melayu Negeri Perak adalah seramai 2000 lebih orang dan untuk pengetahuan, kita adalah ahli paling ramai didalam Malaysia.

 

“Selain mempunyai ahli yang paling ramai di Malaysia , kita juga adalah ahli yang membayar yuran paling banyak sekali, ” ujarnya.

 

Jamaludin menambah, ini adalah tahun terakhir beliau memegang jawatan sebagai setiausaha agung selama 18 tahun.

 

“Pada saya, ini adalah satu penghormatan sebagai setiausaha agung yang pernah berkhidmat kepada empat presiden sepanjang berada di PKMM “.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *