mù petite HOTEL DIBUKA DENGAN RASMINYA DI BANDARAYA IPOH

IPOH – mù petite Hotel ( MPH ) terletak ditengah – tengah bandaraya Ipoh bakal menawarkan pengalaman penginapan kompak yang direka khas untuk pelancong moden yang menghargai keselesaan dan juga estetika.

 

Hotel 6 tingkat ini adalah kesinambungan terbaru daripada MÙ Hotel yang menampilkan fasa moden berwarna putih bersih serta diserikan lagi elemen besi putih dinamik dan kehijauan indah dengan suasana tropika bandar.

 

Pembukaan dimulakan dengan tarian naga diiringi pegawai MPH serta tetamu undangan bertempat di pintu utama MPH , Jalan Che Wan.

 

Menurut Pengarah Jualan MPH, Lanny Lee berkata , hotel ini menawarkan sebanyak 87 unit bilik menggabungkan kecekapan moden dengan sentuhan bergaya termasuk bilik air modular import serta sistem tandas canggih untuk keselesaan optimum.

 

” Pelbagai jenis bilik ditawarkan bermula dari bilik berkembar untuk 2 orang, bilik ‘queen’ untuk pasangan, bilik ‘ triple’ untuk keluarga yang boleh memuatkan sehingga 6 orang.

 

” Harga promosi pembukaan bermula dari RM148 sehari yang menyasarkan pelancong bebas, rombongan pelajar serta pasukan sukan memandangkan populariti sukan pickleball disini serta berhampiran Gerbang Malam dan juga Hard Rock Cafe,” ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Selain itu, setiap perabot di hotel ini direka khas menggunakan kayu tempatan yang dihasilkan oleh tukang kayu tempatan berkemahiran tinggi.

 

Tetamu juga boleh menikmati pelbagai kemudahan praktikal termasuk tempat letak kereta, pantri komuniti lengkap dengan mesin basuh layan diri, ais batu,bilik dobi dan juga bilik gosok khas yang tersedia sepanjang penginapan disini.

 

Untuk pertanyaan serta maklumat lanjut layari ke laman web MPH di www.mùpetite.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *