MAJLIS PELANCARAN BERSATU INFAQ 2025

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melancarkan inisiatif Bersatu Infaq 2025 bagi mengumpul dana pentadbiran parti selepas akaun dibekukan.

 

Majlis pelancaran Bersatu Infaq telah disempurnakan oleh Presiden Bersatu , Tan Sri Muhyiddin Yassin bertempat di D’ Intan Chinta Zara, Manjoi pada petang Sabtu yang lalu.

 

Turut mengiringi Naib Presiden Bersatu, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung Bersatu, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, Bendahari Bersatu, Dato Seri Rina Mohd Harun serta ahli-ahli Majlis Tertinggi dan ketua – ketua bahagian.

 

Didalam ucapannya Muhyiddin Yassin berkata, ianya digerakkan selepas akaun parti dibekukan pihak berkuasa pada Januari 2023 untuk siasatan SPRM .

 

“Tetapi dengan adanya sokongan sebahagian daripada kita orang-orang Melayu dan juga bukan Melayu, mereka tampil ke depan dengan rasa rela hati untuk membantu kita .

 

” Sedikit sebanyak inilah yang telah dapat kita gunakan untuk memastikan bahawa Bersatu harus kekal untuk sebagai satu perjuangan yang tidak akan mundur ataupun tak akan dihancurkan oleh kehendak orang-orang yang memang nak membodohkan kita sebagaimana yang kita saksikan pada hari ini” ujar beliau.

 

Usai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan bendahari Bersatu Infaq yang mewakili setiap negeri serta persembahan koir daripada Srikandi Bersatu Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *