MB PEJA SAMPAIKAN DANA KEPADA PENGGIAT SENI

Alhamdulillah selesai Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Aidilfitri Tahun 2020 daripada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan kepada Pasukan Keselamatan dan Frontliners dan penyerahan ‘goodies’ Raya Kepada Ketua Jabatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

MB Peja turut menyampaikan Dana Bantuan Bidaan Amal Covid-19 Kepada 33 orang Penggiat Seni Negeri Perak hasil inisiatif PORT (People Of Remarkable Talents). Jumlah keseluruhan hasil kutipan amal Covid19 bagi kedua-dua program adalah sebanyak RM39,050.00. Hasil kutipan memanfaatkan lebih daripada 40 orang penerima yang terdiri daripada komuniti seni Perak. Selain itu, syarikat BP Healthcare Group pula tampil menyampaikan sumbangan 4,000 Kampit Beras yang bernilai RM120 Ribu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *