Menu Rahmah: Cef selebriti Datuk Fazley sokong inisiatif namun jangan abai kualiti makanan

Datuk Fazley Yaakob Pelancaran Menu Baharu Hospital Pantai Ipoh di sini pada Selasa.

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Pelaksanaan Menu Rahmah bukan sahaja mendapat sokongan rakyat malah cef selebriti dan juga penyanyi Datuk Fazley Yaakob turut menyokong inisiatif yang diwujudkan kerajaan itu.

Menurutnya, penyediaan Menu Rahmah itu amat bertepatan memandangkan sebelum ini ramai yang terkesan sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Bila ada pilihan untuk Menu Rahmah, jadi lebih mudah untuk masyarakat secara umumnya memilih bajet mereka.

“Kalau kita tengok ada negara membangun yang sedia menu khusus di mana menawarkan harga-harga tertentu, di mana kita baru hendak mulakan.

“Pada saya, saya sangat menyokong (Menu Rahmah) dan berharap tidak ada pihak yang menyalahgunakan bahan-bahan atau resipi, walaupun menu itu murah tapi jangan abaikan rasa dan kualiti,” katanya.

Beliau selepas Pelancaran Menu Baharu Hospital Pantai Ipoh di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ipoh, Chong Siet Fong.

Dalam perkembangan sama, Fazley sendiri sudah mencuba Menu Rahmah yang dijual di beberapa premis makanan.

“Saya dah rasa beberapa sebenarnya (Menu Rahmah) tapi saya tidak boleh hendak sebut. Tapi setakat ini daripada lima tempat saya rasa, dua daripadanya boleh diperbaiki.

“Bagi saya menu murah tidak semestinya tidak sedap dan tidak ada kualiti.

“Pada zaman mak nenek kita dulu, kita makan makanan di rumah murah sahaja. Jadi, tiada alasan untuk Menu Rahmah ini nampak murah,” jelasnya.

Terdahulu, pelantun lagi Asmara ini memperkenalkan dua menu iaitu Nasi Dulang Nusantara dan Nasi Goreng Ayam Salai Lemak Cili Api yang boleh dinikmati pesakit dalam wad di Hospital Pantai Ipoh.

Menu tersebut adalah kolaborasi Fazley dengan beberapa rangkaian hospital di bawah naungan IHH Healthcare Malaysia termasuk Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court.

#PerakKini #MenuRahmah #ChefSelebriti #HospitalPantaiIpoh #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *