MY QURANTIME’ RUMAH NGAJI BERSAMA MARKAS UDARA TLDM DAN KOPERASI TENTERA LAUT
18 Disember, LUMUT- Majlis ngaji dan tadabbur yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji Teluk Muroh yang berkolaborasi bersama Markas Udara Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Lumut dan Koperasi Tentera Laut telah berlansung dengan penuh penghayatan dan kerjasama yang amat erat.
Majlis dimulakan dengan dengan tadabur surah al kahfi ayat 1-10 dan 100-110 serta bacaan tahlil untuk dihadiahkan kepada Pegawai dan anggota beragama Islam yang terlibat dalam nahas helikopter pada April 2024 ketika raptai Terbang Lintas Sambutan Hari TLDM ke-90.
Majlis itu telah disempurnakan oleh Ketua Staff Markas Udara TLDM, Kept Ruzman Mat bertempat di Shelter 501,Markas Udara TLDM Lumut pada petang semalam.
Turut mengiringi beliau Penggerak Rumah Ngaji Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie, Penasihat Rumah Ngaji, Dato Normah Hanum, Pegawai KAGAT Pusat Pembangunan Kerohanian, Ustaz Major Suher Wajdi Abdul Rahman, Ketua Cawangan Koperasi Tentera Lumut, Lt. Muhammad Shafiq Ridzuan Mohd Fadzil TLDM(B) serta pegawai dan anggota Skuadron 501 Markas Udara.
Maziah Rafie berkata,”Kami terpanggil untuk mengadakan ‘My Quran Time’, sebagai kita mengenang jasa dan pengorbanan kepada arwah yang telah pergi dan berdoa untuk keamanan serta kesejahteraan kehidupan seharian.
“Seramai 50 peserta Rumah Ngaji bersama 70 pegawai serta anggota Skuadron 501 hadir menjayakan majlis pada petang ini,” ujar beliau kepada Perak Kini.
Turut diserikan lagi adalah 2 helikopter yang disediakan khas sebagai latar belakang untuk majlis tersebut.
Disediakan oleh Azizi Latif