46 PATI DITAHAN SEKITAR OPERASI SERENTAK PERAK

IMIGRESEN PERAK MENAHAN 38 PATI DI SEKITAR DAERAH KINTA DAN DAERAH PERAK TENGAH SERTA MENAHAN 8 PATI DISEKITAR DAERAH LARUT MATANG DAN KERIAN.

 

IPOH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak telah memeriksa 22 premis sekitar Daerah Kinta dan Daerah Perak Tengah awal pagi tadi yang dijalankan oleh Unit Aduan,Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Perak.

 

Operasi serbuan dibuat berdasarkan aduan dan hasil risikan serta pemantauan yang telah dijalankan dengan kekuatan anggota seramai 12 orang Pegawai Imigresen.

 

Hasil pemeriksaan seramai 38 orang warga asing telah ditahan melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

 

Mereka terdiri daripada 7 lelaki warga negara India,4 lelaki warga negara Myanmar, 8 lelaki warga negara Bangladesh, 6 lelaki dan 1 perempuan warga negara Pakistan, 3 lelaki,7 perempuan,1 kanak-kanak lelaki dan 1 kanak-kanak perempuan warga negara Indonesia.

 

Kesemua 38 orang warga asing tersebut ditahan di Depot Imigresen Ipoh,Perak.

 

Manakala sebanyak 6 premis di sekitar Daerah Larut Matang dan Kerian telah diperiksa oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Cawangan Taiping yang menyasarkan 1 kedai makan, 4 rumah penginapan dan 1 buah kilang.

 

Dengan kekuatan seramai 17 anggota Pegawai Imigresen, seramai 8 orang warga asing telah ditahan hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan.

 

Mereka terdiri daripada 3 lelaki warga negara Thailand, 3 lelaki , 1 perempuan serta 1 kanak-kanak perempuan warga negara Indonesia.

 

Kesemua 8 orang warga asing tersebut telah ditahan di Depot Imigresen Ipoh Perak bagi tujuan siasatan lanjut dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) serta dibawah peraturan 39(b) Peraturan- peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat permit yang telah dikeluarkan.

 

Pengarah Imigresen Negeri Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik menyatakan, JIM Negeri Perak berharap supaya masyarakat dapat membuat laporan atau aduan untuk membantu JIM dalam usaha membenteras kedatangan PATI. JIM akan mengambil tindakan tegas melalui peruntukan undang-undang terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji,melindungi atau membenarkan PATI dipremis tanpa permit yang sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *