collapse
Home / UMUM / PENDAKI WANITA 19 TAHUN HILANG DALAM HUTAN BUKIT CHANGKAT ASA, OPERASI MENCARI HINGGA MALAM

PENDAKI WANITA 19 TAHUN HILANG DALAM HUTAN BUKIT CHANGKAT ASA, OPERASI MENCARI HINGGA MALAM

24-May-2026  Mohd UmzarulFaiz Umar  1,374 views
PENDAKI WANITA 19 TAHUN HILANG DALAM HUTAN BUKIT CHANGKAT ASA, OPERASI MENCARI HINGGA MALAM

TANJUNG MALIM – Seorang pendaki wanita berusia 19 tahun dilaporkan sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa di sini, semalam, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat digerakkan membabitkan pelbagai agensi keselamatan.


Mangsa dikenali sebagai Nur Izzati Humaira binti Azizul dipercayai terpisah daripada kumpulan ketika melakukan aktiviti mendaki bersama lima rakan serta ahli keluarganya.

IMG-20260524-WA0001

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 1.26 tengah hari sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Kuala Kubu dikejarkan ke lokasi.


Jentera pertama tiba kira-kira 14 minit kemudian dengan operasi pencarian segera dijalankan di kawasan bukit berdasarkan lokasi terakhir mangsa dilihat pada radius sekitar 234 meter ketinggian Bukit Changkat Asa.

IMG-20260524-WA0002

Komander Operasi, PBK II Mohammad Saufi Masri berkata, pasukan penyelamat mengaplikasikan konsep LAST dalam usaha mengesan mangsa yang dipercayai sesat ketika menuruni bukit.


Operasi turut melibatkan anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pasukan pendaki sukarela MGP bagi memperluaskan pencarian di kawasan hutan dan laluan pendakian.

IMG-20260524-WA0000

Seramai 13 anggota bomba dan 14 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terlibat dalam operasi itu dengan kekuatan logistik membabitkan dua jentera FRT, sebuah EMRS, sebuah LOV serta dua VFRV PBS.


Operasi dikawal pada jam 1.46 petang sebelum ditangguhkan pada jam 7 malam dan diserahkan kepada BBP Kuala Kubu untuk tindakan lanjut memandangkan lokasi kejadian berada dalam kawasan jagaan balai berkenaan.

IMG-20260524-WA0003

JBPM memaklumkan bantuan tambahan daripada BBP Tanjung Malim akan digerakkan semula sekiranya diperlukan.

IMG-20260524-WA0004
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.