collapse
Home / POLITIK / PH lancar manifesto Khamis depan

PH lancar manifesto Khamis depan

13-Oct-2022  Ramli Ahmad Rozali  183 views

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Khamis depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pelancaran itu sempena Konvensyen PH di Ipoh, yang diawalkan daripada jadual asal pada 29 Oktober.

"Kita tidak mahu (manifesto) yang panjang. (Sebaliknya) kita akan cuba sedaya upaya sebaik mungkin. Tetapi teras manifesto mesti (berkaitan) kos sara hidup, pendidikan, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan serta menghapuskan rasuah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, pintu untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sentiasa terbuka namun ia harus berlandaskan prinsip tertentu dan bukan hanya untuk melawan UMNO serta Barisan Nasional, selain PH turut bersetuju mengadakan pakatan pilihan raya dengan MUDA dan Parti Sosialis Malaysia.

Anwar turut mengumumkan penyertaan dua ahli baharu PKR, iaitu bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.

Pada 7 Oktober lalu, Rais Hussin mengumumkan keluar daripada BERSATU. – BERNAMA

Semak jadual penuh Program Bantuan Kerajaan 2026 STR, SARA, tarikh bayaran dan FAQ rasmi

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.