PINDAAN AKTA BUKAN UNTUK SUSAHKAN RAKYAT

BAGAN SERAI – ” Pindaan Akta 342 sebenarnya bukan untuk bebankan rakyat tapi aoa yang kita mahukan agar rakyat lebih berhati – hati dan mematuhi secara konsisten Prosedure Operasi Standart (SOP) terutamanya Pemakaian pelitup muka serta menjaga penjarakkan sosial ketika berada di tempat awam”.

Demikian ulasan Timbalan Menteri Kesihatan 1,Dr Noor Azmi Ghazali ketika mengulan tentang pindaan Akta 342 yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini.

Beliau berkata pindaan itu berikutan Akta sedia ada terlalu lama dan perlu dirombak bersesuaian dengan keadaan masa kini.

” Akta 342 ini sebenarnya berusia 32 tahun dan jumlah kompoun sedia ada iaitu RM 1,000 perlu dikaji semula.

” Pihak KKM sebenarnya mencadangkan jumlah kompoun itu dinaikkan ke RM 10,000 namun perkara ini telah sampai diperingkat pimpinan untuk dibincangkan dengan teliti.

” Sebenarnya ia bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya mahukan rakyat supaya lebih berhati-hati dan mematuhi secara konsisten SOP sedia ada,”.

Beliau ditemui media dalam sidang media selepas selesai majlis penyerahan Bantuan Naik Taraf Mini Turf Hoki di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh (SEJAMBU) sebanyak RM 70,000.

Sementara itu Noor Azmi mengesahkan KKM kini mengesan secara aktif kontak rapat kluster Depoh Tahanan Imigresen(DTI) Semenyih Selangor.

“Siasatan dan saringan sedang di jalankan di tempat itu namun yang paling penting sekali,kita sarankan jaga pemakaian pelitup muka dengan betul,sebab kita tak tahu keberadaan kesihatan dengan orang yang kita jumpa.

“Saya amat berharap agar para petugas di barisan hadapan seperti pihak Jabatan Imigresen Malaysia supaya lebih berwaspada dan berhati – hati semasa menjalankan tugasan terutamanya semasa mengendalikan kes membawa warga asing di pusat Depoh Tahanan yang di syaki covid19, untuk tujuan ke pusat saringan .” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *